May 28, 2008

Pavillion Negeri Kelantan - Laporan Bergambar Terkini (sehingga 28 mei 2008)


1) Persiapan untuk kerja-kerja konkrit bagi lantaian bawah dan juga tiang aras pertama

2) Antara kerja-kerja mendirikan tiang aras pertama

3) Pekerja sedang menutup kekotak tiang aras pertama

4) Mengunci kekotak tiang aras pertama
5) Persiapan bagi kerja-kerja pemasangan "Steel bar" pada lantaian bawah
6) Kerja-kerja pemasangan paip elektrik pada tetiang aras pertama
7) Pandangan dari hadapan bangunan
8) Pandangan hadapan dari pepenjuru kanan bangunan
9) Pandangan belakang dari pepenjuru kanan bangunan
10) Pandangan dari belakang bangunan 11) Pandangan belakang dari pepenjuru kiri bangunan
12) Keadaan lantaian yang siap untuk dituang konkrit


Pavillion Negeri Kelantan - Papan Kayu Berukir pada Wakaf

1) Wakaf yang sedia ada. Perlu diperbaiki demi keselamatan pengunjung

2). Rupabentuk Papan kayu berukir pada wakaf.
3). Pandangan dari dalam
4) Pandangan dari luar
5) Pandangan dari sisi
6) Ukuran Lebar 140mm
7) Ukuran panjang 300mm

May 27, 2008

Pavillion Negeri Kelantan - Ringkasan Hasil Dari Mesyuarat Induk MAEPS bersama dengan UPEN setiap Negeri

Mesyuarat ini adalah berkisar tentang status pembinaan PAVILLION NEGERI bagi menjayakan program MAHA 2008 yang akan berlangsung 11 Ogos 2008. UPEN Kelantan diwakili oleh Timbalan Pengarah (Sektoral), En Che Hamat Bin Hj Che Muda. Tuan Pengerusi Mesyuarat meminta kerjasama dari semua pihak termasuk pihak kontraktor yang dilantik oleh UPEN masing-masing agar dapat menyiapkan tempoh pembinaan sebelum 30 Jun 2008. Ini kerana, selepas tarikh berkenaan pembaikan jalan akan dijalankan demi kelancaran MAHA 2008. Oleh sebab itu, segala kerosakan pada jalan selepas tarikh berkenaan akan mengundang pelbagai masalah. Selain itu, isu tentang perjanjian pajakan tanah diantara pihak MARDI dengan Kerajaan Negeri juga dibangkitkan. Kebanyakkan Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut. Namun Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju perjanjian tersebut tetapi dengan bersyarat. Selain itu, isu kebenaran membina bangunan kekal daripada Majlis Perbandaran Sepang turut disentuh oleh Pihak Pengerusi Mesyuarat. Setakat kini, Kerajaan Negeri Johor sahaja yang baru mengemukakan permohonan kebenaran tersebut.

May 26, 2008

Pavillion Negeri Kelantan - Laporan Bergambar (Dari 6 Mei 2008 - 26 Mei 2008)

1) Kerja-kerja "setting out" sedang dilakukan

2) Backhoe digunakan bagi memudahkan kerja-kerja penggalian tanah

3) Kerja-kerja pemotongan papan lapis (plywood) membuat "formwork"


4) Kerja-kerja menurunkan kekotak "Pad Footing"


5) Kerja-kerja membengkok dan mengikat "steel bar"

6) Kerja-kerja meratakan tanah di dalam lubang "Pad Footing"

7) Kekotak "Pad Footing" siap dipasang

8) Kerja-kerja meratakan "lean concrete"

9) "Pad Footing" siap untuk dituang konkrit

10) Keadaan "Pad Footing" sebelum konkrit

11) Kerja-kerja menuang konkrit pada "Pad Footing"

12) Kerja-kerja memadatkan konkrit dengan menggunakan penggetar
13) Keadaan "Pad Footing" selepas kerja-kerja konkrit

14) Kerja-kerja semburan anti anai-anai (anti termite treatment) untuk "Pad Footing"

15) Backhoe digunakan untuk menimbus"Pad Footing"

16) Kerja-kerja pemasangan kekotak rasuk tanah/bawah ("ground beam")
17) Kerja-kerja menuang dan meratakan "lean concrete"

18) Kerja-kerja memasang "steel bar" pada "ground beam"
19) Kerja-kerja pemeriksaan "steel bar" akhir pada "ground beam"

20) "Ground beam" siap untuk kerja-kerja konkrit

21) Kerja-kerja menuang konkrit pada "ground beam"

22) Kerja-kerja memadatkan konkrit dengan menggunakan penggetar

23) Keadaan "ground beam" selepas kerja-kerja konkrit

24) Kerja-kerja menambah tanah di dalam bangunan

25) Keadaan pada peringkat persediaan aktiviti lantai bawah

26) Kerja-kerja memadat tanah pada lantai bawah

27) Kerja-kerja semburan anti anai-anai (anti termite treatment) untuk "ground slab"

Pavillion Negeri Kelantan - S curve (sehingga 25/05/08)


inilah progres kerja sehingga 25mei 2008 iaitu sebanyak 11%. alhamdulillah, segala apa yang dirancang bergerak dengan lancar.


p/s: untuk dapatkan paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar tersebut.

Pavillion Negeri Kelantan (23/05/08 - 24/05/08)

alhamdulillah, segala perancangan yang dibuat sudah berjalan lancar. sebanyak 22 m3 telah digunakan untuk aktiviti "casting for ground beam". Selepas ini akan menyusul aktiviti memasukan dan memadatkan tanah. Salah satu aktiviti persiapan kerja-kerja lantai bawah termasuklah aktiviti semburan anti termite (semburan anai-anai) yang dilakukan oleh Global Pest Control Sdn Bhd.

p/s : segala gambar aktiviti-aktivit terkini, saya akan upload kemudian.harap maklum.

May 22, 2008

Pavillion Negeri Kelantan (07/05/08- 22/05/08)

Sehingga tarikh kini, 22 mei 2008, segala aktiviti yang dijalankan bagi membina dan menyiapkan sebuah pavillion (bangunan) negeri kelantan di Malaysia Argo Exposition Park Serdang berjalan lancar. Aktiviti terkini adalah memasang kotak ground beam, mengikat besi ground beam. Dijangkakan pada 23 mei 2008, aktiviti casting atau kerja-kerja konkrit bagi ground beam dapat dijalankan. insyallah. selepas ini, pada blog-blog yang akan datang, saya akan membuat dalam bentuk laporan harian tapak projek.


1) kerja - kerja memindah pokok yang sedia ada


2) kerja -kerjameratakan tanah mengikut level tanah


3) level tanah pada bahagian setor (belakang)


4) pandangan dari arah hadapan

5) pandangan dari arah belakang setor



6) perbezaan level tanah