Jun 26, 2008

Pavillion Negeri Kelantan - Makluman Penutupan Jalan Ke Tapak Projek

Pihak Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia memaklumkan penutupan jalan ke tapak projek bangunan pameran kekal bagi setiap negeri akan bermula pada 24.07.2008 hingga 30.07.2008 bagi bertujuan pelebaran dan penurapan 'spine road' di kawasan tersebut.

Jun 23, 2008

Pavillion Negeri Kelantan - Ringkasan Mesyuarat Teknikal No.1 (23.06.2008)

Mesyuarat hari ini adalah berkisar tentang status pembinaan, masalah yang dihadapi dan kerja-kerja lanskap serta lampu taman bagi menyerikan bangunan Pavillion ini. Secara amnya projek ini telah mendahului jadual sebanyak 12.00% (32.00% sebenar dan 20.00% jadual) dan pada pengamatan kami selaku kontraktor, projek ini akan dapat digunakan dengan sempurnanya pada hari 11.08.2008 (Pelancaran Program MAHA 2008). Mesyuarat ini juga memutuskan bahawa pembinaan siling dan sistem penghawa dingin adalah sebagaimana yang telah dicadangkan oleh pihak JKR. Dimaklumkan juga pengeluar cat Nippon akan mengemukan 3 cadangan colour scheme untuk dimajukan kepada pihak JKR dalam minggu ini. Pihak UPEN mencadangkan agar 1 bilik pejabat bersaiz 10'x10' dibina di bahagian kiri setor (sebelah Kawasan Perlis) berdindingkan gypsumboard. Diputuskan juga di dalam mesyuarat ini, kerja-kerja awalan bagi lanskap (oleh Jabatan Pertanian Negeri Kelantan) akan bermula pada 15.07.2008 dan juga susun atur lampu hiasan/taman (oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kelantan) pada hari berikutnya. Pihak UPEN memaklumkan mesyuarat teknikal No.2 akan diadakan di tapak bina pada tarikh dan masa yang akan ditentukan kemudian.